Salary Benchmarking

     Benchmark Your Current Salary Against Market Practice

Promosi

Ukur Gaji

Graf + Ulasan

RM39

3 graf yang bernilai dari 

harga asal RM180

  • Graf Plot Tangga Gaji
  • Graf Relatif Kedudukan Gaji
  • Graf Perbezaan Jurang Gaji
  • +Ulasan Graf 
Daftar Sekarang

Ribuan gaji di pasaran kerja akan dibanding dengan jumlah gaji yang anda terima mengikut standard jumlah jam bekerja.

Jumlah gaji yang diukur tidak termasuk bayaran lebih masa (overtime). Ini kerana perbandingan dibuat perlulah setara dengan jumlah gaji dan jumlah waktu standard bekerja dalam sebulan iaitu bersamaan 45 jam seminggu atau 8 jam sehari.

Standard waktu berkerja ini hanya merangkumi gaji pokok dan elaun-elaun tetap dalam sebulan.

grafukurgaji_poster

Kenyataan yang biasa kita dengar seperti "gaji saya masih rendah kalau nak dibandingkan orang lain berpangkat eksekutif", "gaji dia mesti tinggi sebab dia manager", "jika sekali dengan overtime gaji aku mesti lebih tinggi", "gaji aku mesti lebih tinggi daripada manager syarikat lain sebab kerja aku susah nak buat".

Kenyataan-kenyataan sebegini hanyalah persepsi tanpa membuat perbandingan berdasarkan analisa mengikut kaedah ukur gaji. Satu kaedah perbandingan secara analisa berfakta perlu dibuat bagi mengukuhkan lagi keyakinan diri terhadap persepsi umum.

Kenapa ukur gaji?

Ukur Gaji adalah satu kaedah mengukur aras gaji tertentu atau individu dengan membandingkan kumpulan gaji yang mempunyai tingkat jawatan dan tahap tanggungjawab yang sama. Perbandingan ini lebih tepat kerana menggunapakai kod tangga gaji yang telah disusun dengan kelompok tugas pekerjaan yang sama dan dipecahkan mengikut tingkat posisi jawatan yang berbeza. Kod tangga gaji ini mempunyai puluhan ribu sampel gaji dengan jawatan dan tugas yang berlainan kemudian disatukan mengikut tangga gaji yang berbeza berdasarkan analisa pengkelasan tahap kumpulan pekerjaan masing-masing.

Dengan maklumat sampel gaji yang banyak ini, anda bukan hanya mengetahui kumpulan gaji yang sama tugas dengan anda, malah kumpulan gaji yang lebih tinggi daripada anda boleh juga anda ketahui. Graf-graf laporan yang anda terima daripada cara ini, membuatkan anda lebih mengetahui sejauh manakah jurang perbezaan gaji anda dengan kumpulan tugas dan pangkat yang sama dengan anda atau kumpulan gaji yang mempunyai pangkat lebih tinggi daripada anda.

Kenapa membuat perbandingan gaji adalah penting?

Membanding pendapatan bukanlah tanda seseorang itu merasa tidak cukup dengan gaji yang di terima. Tetapi tindakan ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri agar persepsi seperti 'gaji saya masih rendah', 'tangga gaji syarikat saya masih ditakuk yang lama', 'gaji yang saya terima tidak setimpal dengan tugas yang saya lakukan' atau persepsi lain yang beranggapan gaji mereka lebih tinggi kerana kerja mereka lebih banyak, atau pangkat mereka lebih tinggi, perlu dirungkai dengan data gaji yang realistik.

Apabila seseorang itu lebih mengetahui fakta dengan mengukur gaji mengikut kaedah yang betul, satu permasalah persepsi ketidakpuasan berkenaan penerimaan jumlah gaji dapat diselesaikan lebih awal agar penumpuan boleh diberikan kepada output hasil kerja dan prestasi kerja dapat ditingkatkan dengan lebih cepat.  

Perkara yang paling penting adalah daripada keadaan 'tidak tahu' kepada keadaan 'sudah tahu' dengan segala fakta yang ada berkenaan kedudukan gaji sendiri berbanding amalan gaji di pasaran, penghapusan jurang gaji yang ketara di antara peringkat penggerak, pelaksana, pengurus atau di antara eksekutif dan bukan eksekutif dapat dikecilkan jurang pendapatan tersebut. Pengetahuan ini dapat menimbulkan kesedaran di dalam satu organisasi untuk menggerakkan perubahan ke arah inisiatif kesamarataan sosial (social equity) yang lebih baik.

Ingin bertukar ke tempat kerja baru? tetapi tidak tahu berapa banyak gaji yang anda perlu mohon?

Dengan mengetahui kedudukan gaji anda di pasaran, anda dengan mudah dan yakin untuk meletakkan jumlah lebih tinggi yang bersesuaian bagi pendapatan baru jika anda ditawarkan atau berhasrat menukar ke tempat kerja baru.

Daftar sekarang untuk membuat perubahan yang lebih baik ke atas nilai pekerjaan yang anda ceburi selama ini!